KENAPA SYI'AH BERPUSAT DI IRAN ?

Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu negara Syiah terbesar di dunia.
Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu 'Revolusi Islam Iran' yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah.
Namun,
pernahkah kita bertanya, "mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?"
.
Untuk menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.
.
Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi.
Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme).
.
Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.
.
Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab Radhiyallahu'anhu.
.
Ketika itu,
Umar Radhiyallahu'anhu mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania.
.
Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah.
.
Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran.
Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.
.
Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam.
Niat mereka hanyalah satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi dan Yahudi.
.
Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab Radhiyallahu'anhu, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi.
.
Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab.
Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu'luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran 'Bapa Pembela Agama'
.
Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, yaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejarah  kejatuhan Kaisar Parsi.
.
Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhuma.
Maka,
kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung 'mendewakan' Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.
Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran.
Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam.
.
Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab Umumnya dan kaum Muslimin khusunya.
Walalhu Ta'ala a'lam..

.

Sumber:
http://networkedblogs.com/O7lWK
(nahimunkar.com)

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=860410903997518&set=a.694628170575793.1073741826.100000858509028&type=1&relevant_count=1

Previous
Next Post »
"Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah; mendengar dan taat (kepada penguasa kaum muslimin), walaupun seorang budak Habsyi. Karena sesungguhnya, barangsiapa hidup setelahku, dia akan melihat perselishan yang banyak. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus. Peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah semua perkara baru (dalam agama). Karena semua perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan semua bid’ah adalah sesat." (HR. Abu Dawud no: 4607; Tirmidzi 2676; Ad Darimi; Ahmad; dan lainnya dari Al ‘Irbadh bin Sariyah).