Ringkasan Bimbingan Islam: Hak Muslim

Ringkasan Bimbingan Islam

Ustadz Firanda Andirja, MA
Kitabul Jaami' | Bulughul Maaram
Hadits ke-1 | Hak Sesama Muslim

Bacaan Hadits 01 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم:

Dari Abu Hurayrah radhiyallahu 'anhu, RasululLah ﷺ bersabda: 

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ

Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada 6: 

إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ

Apabila engkau bertemunya, ucapkan salam kepadanya, 

وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ

Apabila dia menjemputmu, maka penuhilah (jemputannya), 

وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ

Apabila dia meminta nasihat darimu, maka nasihatilah, 

وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ

Apabila dia bersin dan memuji Allah, doakan rahmat untuknya (dengan ucapan YarhamukalLah)

وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ

Apabila dia sakit, maka ziarahilah

وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ

Dan apabila dia meninggal, maka ikutilah pengurusan jenazahnya (sehingga dikebumikan). 

رَوَاهُ مُسْلِمٌ

[HR Muslim]

Nota 1.1

Ibn Hajar al-Asqalaniy rahimahullah mengumpulkan hadits-hadits Fiqh di dalam kitab Bulughul Maram, tetapi di hujungnya ada bab yang berbeza dinamakan Kitab al-Jaami' yang menghimpunkan hadits-hadits berkaitan adab dan akhlaq.

Ustadz Firanda menyebutkan: Boleh jadi tujuan Ibn Hajar rahimahulLah meletakkan Kitab al-Jaami' di hujung penulisannya sebagai peringatan bahawa mempelajari ilmu perlulah diiringi dengan adab dan akhlaq.

Nota 1.2

Di dalam Kitab al-Jaami' tersebut ada 6 topik: Adab, Kebaikan & SilaturRahim, Zuhud & Wara', Berhati-hati dari Akhlak Buruk, Galakan berakhlak Mulia dan Zikir & Do'a.

Nota 1.3

Hak-hak sesama Muslim tidak terhad hanya kepada 6, malah lebih banyak. Ia sekadar makluman. 

Kaedah menyebutkan:

العدد ليس له مفهوم

Bilangan atau kuantiti (yang disebut) tidak mempunyai indikasi kefahaman.

Tambahan: Kecuali dalam bab Ibadah, dan ada qarinah (side-evidence) yang menyatakan kuantiti itu perlu. Seperti basuhan jilatan anjing 7 kali.

Nota 1.4.1

Hak yang pertama:

إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ

Apabila engkau bertemunya (saudara muslim yang lain), ucapkan salam kepadanya.

Mengucapkan salam kepada sesama Muslim merupakan hal yang kecil tetapi mempunyai hikmah yang agung di dalam agama.

Nota 1.4.2

Dari Salam, Membawa ke Syurga.

Nabi ﷺ bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ،

Demi (Allah), yang jiwaku berada di tanganNya

لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا،

Engkau tidak akan memasuki syurga sehingga engkau beriman

وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا،

Dan engkau tidak (sempurna) beriman sehingga engkau saling mencintai/mengasihi

أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟

Mahukah aku tunjukkan buat kalian, sesuatu yang jika kalian melakukannya, kalian akan saling mencintai?

أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

(Jawapannya) Sebarkanlah salam di antara kalian.

[HR alBukhari & Muslim]

1.4.3 Tanda Kebaikan Agama Seseorang

Dari Abdullah ibn 'Amr: Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ: 

:أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ؟ قَالَ

Dari Apakah antara amal islam yang baik? Nabi ﷺ menjawab:

تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ ، وَعَلَى مَنْ لَمْ تَعْرِفْ 

Engkau memberikan makan, dan mengucapkan salam kepada sesiapa yang engkau kenali dan juga kepada sesiapa yang tidak engkau kenali

[HR alBukhari]

1.4.4 Bakal Menjadi Tanda Kiamat

Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Nabi ﷺ secara marfu':

مِنْ أَشْرَاط السَّاعَة  

Di antara tanda-tanda (hampirnya) kiamat:

أَنْ يَمُرّ الرَّجُل بِالْمَسْجِدِ لَا يُصَلِّي فِيهِ

Adalah seseorang melalui sebuah masjid yang dia tidak pernah solat di situ

وَأَنْ لَا يُسَلِّم إِلَّا عَلَى مَنْ يَعْرِفهُ

Dan dia hanya memberikan salam kepada orang yang dia kenali. 

[HR alBaihaqi & atThobrani]

Previous
Next Post »
"Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah; mendengar dan taat (kepada penguasa kaum muslimin), walaupun seorang budak Habsyi. Karena sesungguhnya, barangsiapa hidup setelahku, dia akan melihat perselishan yang banyak. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus. Peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah semua perkara baru (dalam agama). Karena semua perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan semua bid’ah adalah sesat." (HR. Abu Dawud no: 4607; Tirmidzi 2676; Ad Darimi; Ahmad; dan lainnya dari Al ‘Irbadh bin Sariyah).